Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) Offer Incentive for Excel Students

TAR

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dihadiahkan DERMASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Dermasiswa ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada graduan cemerlang dari Institusi Pengajian Tinggi Tempatan Negara yang berasal daripada keluarga miskin dan daif.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Tempatan Negara di antara 1 Oktober 2011 hingga 30 September 2012. Anda tidak perlu tunggu selepas Majlis Konvokesyen untuk memohon. Keputusan peperiksaan dan transkrip lengkap memadai.
  3. Berlatarbelakang keluarga miskin.

(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum

  1. Memperoleh keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK / CGPA 3.50 atau lebih.
  2. Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang/ aktif dalam ko-kurikulum.

For more detail, download the details here.

Closing Date: 30 SEPTEMBER 2012